Sunday, September 11, 2016

Abdul Latif Jelmakan Emas Ketiga Bersama Rekod Baharu Dunia Di Rio


RIO DE JANEIRO 11 Sept. - Bukan sahaja berjaya membanggakan negara dengan meraih emas bahkan Atlet Lompat Jauh negara, Abdul Latif , 19 , turut mencipta rekod baharu dunia sebanyak 3 kali iaitu 7.47 meter pada lompatan kedua, 7.54 meter pada lompatan ketiga dan 7.60 meter pada lompatan kelima. Rekod lama dunia acara itu adalah 7.35 meter. 


Dengan kejayaan itu, bakal menanti Abdul Latif adalah hadiah di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM1 juta, elaun pencen seumur hidup bernilai RM5,000 sebulan dan insentif RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia. 


Sebelum ini pada hari pertama acara olahraga dilangsungkan semalam, kontinjen paralimpik negara berjaya meraih dua pingat emas menerusi Muhamamd Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dengan catatan rekod baharu dunia iaitu 16.84 meter dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 dengan catatan rekod baru temasya iaitu 12.07s. - Sumber Utusan Online 


No comments:

Post a Comment