Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa itu
Virus Zika. Jikalau anda seorang yang peka dengan isu semasa, anda mesti tahu mengenai Virus Zika yang
kini dikesan menular di negara
Amerika Latin terutama di
Brazil,
Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk
Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Apa Itu Virus Zika
Virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk
Aedes aktif-siang. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau
penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi dimana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari
Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947.
Selain itu, Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau
'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Tanda gejala orang terkena virus zika antaranya demam, timbul ruam, sakit sendi dan mata merah (Konjungtivitis), pusing.
Simptom Virus Zika
Berikut adalah simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-
1) Sakit kepala
2) Ruam pada kulit
3) Sakit sendi
4) Mata kemerahan
Cara Merawat Virus Zika
Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.
Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika
Kesan Virus Zika
Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis
kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.
Status Terkini Virus Zika Di Malaysia
3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah.
sumber : Utusan Malaysia
1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura.
sumber : utusan malaysia
Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.
Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.
Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.
Sumber Astro Awani , utusan malaysia dan FB KKM
Semoga kita sama-sama berdoa agar virus Zika ini tidak menular atau merebak ke Malaysia.