Wednesday, August 3, 2016

AFFILIATE vs DROPSHIP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah dapat juga saya luangkan masa untuk saya mencoret entry yang agak panas ketika ini iaitu affiliate vs dropship.
Adakah anda seorang dropship atau affiliate? Apa beza affiliate dengan dropship? Mana lebih untung? Nak tahu silalah skroll bawah lagi saya akan terangkan serba sedikit apa yang saya tahu pasal affiliate dan dropship ni. 

Affiliate

Affiliate ialah program dimana anda sebagai affiliater mempromosikan link affiliate anda contoh http://jvsecurepay.com/affiliates/rbt/33473 (33473 adalah id kita). Contoh anda promot di wall fb, ada rakan yang klik link tersebut. Link tersebut akan membawa rakan kita ke laman web yang menjual sesuatu produk. Jikalau rakan anda berminat dia akan membeli produk tersebut contoh harga produk RM50. Anda sebagai affiliater yang mempromosikan link tersebut secara tidak langsung mendapat komisen hasil rakan yang membeli produk tersebut. Bukan itu sahaja, anda tidak perlukan modal , tidak perlukan produk sendiri dan yang paling penting tidak perlu layan kerenah pelanggan kerana pelaggan akan skroll laman web tersebut untuk melihat sendiri segala maklumat mengenai produk yang dijual. Mudah bukan!!! untuk tahu lebih lanjut lihat post saya sebelum ini, saya dah tuliskan segala yang berkaitan dengan affiliate.






Dropship

Dropship merupakan sebuah perniagaan yang boleh disertai dengan modal yang kecil bahkan ada sesentengah program dropship tidak memerlukan modal langsung. Sesiapa yang ingin menyertai sesebuah program dropship untuk sesuatu produk perlulah menjadi agen dahulu. Ada sesetengah program memerlukan anda membeli produk dahulu sebagai syarat, ada juga yang terus menjadi agen. Contoh kebanyakan dropship menjual barangan wanita seperti produk kesihatan . Seterusnya apabila anda telah menjadi agen, anda tentulah kene mempromosi produk itu. Teknik promosi ini lebih kurang sama juga seperti affiliate tetapi yang lecehnya anda kena melayan kerenah pelanggan. Hal ini kerana, apabila ada prospek(pelanggan) yang ingin beli produk tersebut, dia perlu mengirim wang kepada anda dahulu seterusnya barulah harga sebenar produk tersebut anda kirimkan kepada tuan punya produk untuk dia poskan kepada pelanggan. Nampak x disitu!!! Contoh harga asal Krim Jerawat (produk) RM50. Ini harga dropship kepada kita. Anda promosikan produk tersebut dengan harga Rm60. Kenapa RM60 ? Memanglar kalau harga sama mana nak dapat untungnya. Itulah sistem dropship. Apabila orang beli dia akan tanya kita best ke produk ni dan segala detail pasal produk tersebut. Seeloknya anda kena tahu produk yang anda jual itu. Setelah prospek yakin dia beli dengan harga Rm60 dengan segala detail alamat pos kepada anda. Selepas itu, anda kirimkan Rm50 harga asal kepada tuan punya produk dengan alamat pos supaya tuan punya poskan kepada pembeli. Untung yang anda dapat adalah RM10. Alamak panjang nya!!!hehehe


Nak Fokus Pada Affiliate atau Dropship

Pada pendapat saya , saya suka lagi buat duit dengan Affiliate.

Pada saya dengan affiliate banyak lagi kelebihan saya dapat. Contoh yang paling ketara ialah dengan affiliate kaedah pemasaran lebih meggunakan email dan blog. Hanya perlu beri serba sedikit review mengenai sesuatu produk  dah cukup. 

Nak mudah ada link affiliate, InsyaAllah kalau ada rezeki dan usaha tu adalah rezekinya.

Ringkaskan?

Contoh program Affiliate yang saya sertai adalah Tim Infokerjaya. Sambil berbisnis sambil tu ilmu mengenai kerjaya dapat diajar kepada pelawat yang datang ke link affiliate tersebut.
Tahun lepas saya aktif buat dropship.
Best tu memang la best bila buat dropship, cuma jika nak banding dengan affiliate, buat dropship ni banyak kerja dia.
Apapun, dropship mahupun affiliates, dua-dua boleh buat duit.
Dua-dua boleh diusahakan untuk tambah pendapatan dan tingkatkan ekonomi keluarga.
Kemudian, segalanya terpulang pada kita, nak buat atau tidak.
Soal mana satu yang lagi untung… sama ada dropship atau affiliates, anda boleh baca catatan ringkas saya di artikel: Mana lagi untung? Dropship atau affiliates.
Artikel tu saya tulis mengikut perspektif saya sepanjang saya melibatkan diri dalam kedua-dua model bisnes tersebut.
Dah tentu ada cerita gembira dan kisah duka.
Setengah orang, mereka mampu nak buat dropship dan affiliate serentak.
Setengah orang dia kena fokus hanya satu program dalam satu masa.
Mana-manalah. Buat ikut kesesuaian dan keselesaan. Yang penting ada hasil.
Apalah gunanya buat banyak-banyak, kalau akhirnya hasil apa pun tarak… hhe gurau ðŸ™‚
Kelebihan Affiliate

Korang tak perlu risau proses pembayaran dan penghantaran. Tak payah risau pasal customer service sebab pihak yang menjual yang bertanggungjawab sepenuhnya. Perkenalkan customer untuk dorang dan terima komisen bagi setiap jualan.

Kelemahan Affiliate

Lepas dapat jual, korang terus dapat duit on the spot? Mana-mana syarikat yang buat affiliate dengan korang biasanya ada tempoh tertentu sebelum bagi komisen. Mungkin setiap bulan atau dah capai target RM100 dan seumpamanya.

Kalau customer yang sama nak beli lagi sekali atau nak memperkenalkan produk/servis yang dia pernah beli melalui link affiliate korang, berkemungkinan BESAR dia takkan cari link affiliate korang lagi. Terpaksalah korang cari lagi customer baru sebab susah dapatkan repeat customer kalau guna affiliate link.

Kelebihan Dropship

Kalau affiliate marketing, komisennya dah ditetapkan awal-awal oleh company. Keuntungan hasil dropship pulak berdasarkan apa yang korang tetapkan.

Kelemahan Dropship

Masalah Penghantaran

Timbul masalah bila customer sendiri minta CoD (Cash on Delivery). Sebagai agen dropship, biasanya barang yang nak dijual takde dekat korang jadi mustahil korang boleh buat CoD. Masalah ni timbul andaikata korang dan serious customer tinggal berdekatan dalam satu daerah. Contohnya agen dropship dengan customer sama-sama orang JB sedangkan produk dari KL. Customer pula nak CoD sebab lagi senang katanya. Hah macam mana?

Masalah Kualiti

Tak dapat jawab berkenaan produk tertentu sebab diri sendiri tak pernah guna. Agen dropship sendiri pun tak tahu sejauh mana keberkesanan produk yang hendak dijual. Kalau boleh nak pinjam sekejap produk tertentu dari company dropship tapi masalahnya jauh. Bayangkan agen dropship di Kedah tapi produk di Selangor kan susah tu.

Takkan masa mula-mula nak buat bisnes korang terpaksa beli semua jenis produk dari company dropship untuk test kualiti produk satu demi satu. Korang bukannya pekerja bahagian Quality Control dorang. Takkan korang nak minta company dropship hantar produk tu kat tempat korang terlebih dulu untuk korang sendiri check sebelum korang sendiri hantar dekat customer? Kalau customer dekat dengan rumah takpelah tapi kalau yang jauh?

Masalah Penipuan

"Lepas bayar nanti confirm ke barang tu sampai?"
"Mana tahu lepas bayar barang tak sampai sebab saya pernah terkena."
"Macam mana saya nak tahu ini bukan scam?"
"Bayar separuh dulu boleh?"

Disebabkan segelintir peniaga online yang buat palat habis peniaga online yang jujur lagi amanah terpalat sekali. Bukan senang nak dapatkan kepercayaan customer yang pernah ditipu.

Masalah Perkhidmatan Pelanggan

Andaikata pihak dropship korang bermasalah, korang pun turut ikut bermasalah. Barang lambat sampai, takde tracking number untuk follow up, barang dihantar tak ikut permintaan pelanggan dan lebih teruk kalau company dropship lepas tangan je. Korang sendiri terpaksa jadi customer service percuma untuk syarikat dropship so memang korang yang kena dulu kalau timbul masalah pada produk/servis.

OK cukuplah setakat ini pasal Affiliate VS Dropship. Semoga korang nampaklah apa yang aku nak sampaikan. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kalau korang sendiri ada masalah atau penyelesaian pasal kelemahan affiliate dan dropship, sila tinggalkan komen untuk dikongsikan bersama.

SEKIAN CORETAN SAYA, SILALAH KOMEN:
IKHLAS MEMBANTU,
NAJEMI
0107970243
zezznaz@gmail.com

1 comment: