Monday, August 15, 2016

Cara Shopping Di Lazada

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat,

Alhamdulilah dapat jugak meneruskan perjuangan sebagai blogger walaupun sibuk dengan urusan dunia yang tidak pernah habis huhu,

Coretan kali ni , saya akan ceritakan macam nak shopping dekat lazada nie, ai maklum lah tiap-tiap bulan lazada ada buat promosi, xpercaya tgok banner kat atas tuh fuhhh rambang mata tgok bhai.



Cara Shopping di Lazada

1. Untuk beli barang, kena ada akaun Lazada. Klik Banner diatas. Klik 'Login & Sign Up' >Isikan maklumat peribadi > Kemudian anda akan dapat email pengesahan menandakan telah berjaya mendaftar dan sedia untuk membeli-belah.

2. Pilih produk. Langkah paling best semestinya ketika nak pilih barang. Sebab banyak sangat pilihan yang ada di Lazada ni. Katakan anda nak beli Healthy Living Slow Juicer Natural Juice Extractor ni, hanya klik 'Add to Cart'. Konon-kononya letak barang dalam troli dan sedia untuk bayar la ni.


3. Dialog box akan terpapar di skrin. Pastikan produk, harga produk. serta kuantiti item adalah tepat. Kemudian klik 'Checkout'.



4.  Langkah seterusnya kena isikan nama, alamat, dan nombor telefon. Pastikan anda isi maklumat dengan tepat. Kemudian klik 'Continue'.

5. Dibahagian 'Payment Information' anda perlu pilih cara pembayaran. Pilih satu di antara Credit or Debit Card, Online Banking & Celcom Aircash, PayPal, Maybank Installments, atau Credit Card on Delivery. Saya  guna online banking iaitu bayaran menggunakan CIMB Clicks atau bank lain. Anda perlu klik pada 'Online Banking' > pilih bank > klik 'Place Your Order'.

6. Anda akan terus di bawa ke CIMB Click untuk membuat pembayaran. Tak perlu masukkan jumlah kerana Lazada akan terus tolak jumlah harga barang yang anda beli.

7. Bila dah siap membuat pembayaran, anda akan menerima email pengesahan dan details pembelian. Jangan delete pulak. Nanti senang untuk buat rujukan.

Tip shopping di Lazada

1. Bandingkan harga. Setiap kali nak beli barang sudah pasti kita mahukan harga termurah. Sebab itulah anda perlu bandingkan harga produk di pasaraya dan portal online. Jika di pasaraya lebih murah kenapa nak beli online kan? 

2. Semak harga sebelum bayar. Pastikan anda double-check jenis produk yang anda beli. Bukan setakat harga, saiz, warna pilihan, kuantiti, dan warranty.

Artikel berkaitan:  Cara Mendapatkan Diskaun Ketika Shopping Online 

3. Kos penghantaran. Ada sesetengah item tidak mengenakan kos penghantaran. Manakala barang yang berat akan dicaj. Kena baca dengan teliti sebelum buat keputusan untuk membeli.

4. Voucher. Ini yang membuatkan Lazada menjadi pilihan ramai. Kadang-kala Lazada bermurah hati untuk beri kod voucher pada hari-hari tertentu. Cuma masukkan kod vaucer sebelum membuat pembayaran.

Harga termurah

Salah satu sebab kenapa Lazada ni menjadi pilihan adalah kerana memiliki pelbagai jenis produk. Paling penting, sentiasa menawarkan harga termurah dan memberi potongan harga sehingga 90%! Lebih-lebih lagi dimusim perayaan.

Kalau nak beli dengan harga termurah, boleh klik mana-mana banner Lazada dalam blog ni. Iklan yang terpapar adalah 'sales' yang sedang berlangsung.

Oh, ini bukan brand deal @ advertorial. Saya tak dibayar langsung kerana ini merupakan pengalaman saya sendiri beli barang di Lazada. So far, puas hati dan tengah plan untuk shopping lagi. Hoho!

sekian terima kasih 


No comments:

Post a Comment