Sunday, September 11, 2016

Abdul Latif Jelmakan Emas Ketiga Bersama Rekod Baharu Dunia Di Rio


RIO DE JANEIRO 11 Sept. - Bukan sahaja berjaya membanggakan negara dengan meraih emas bahkan Atlet Lompat Jauh negara, Abdul Latif , 19 , turut mencipta rekod baharu dunia sebanyak 3 kali iaitu 7.47 meter pada lompatan kedua, 7.54 meter pada lompatan ketiga dan 7.60 meter pada lompatan kelima. Rekod lama dunia acara itu adalah 7.35 meter. 


Dengan kejayaan itu, bakal menanti Abdul Latif adalah hadiah di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bernilai RM1 juta, elaun pencen seumur hidup bernilai RM5,000 sebulan dan insentif RM20,000 kerana berjaya memecahkan rekod dunia. 


Sebelum ini pada hari pertama acara olahraga dilangsungkan semalam, kontinjen paralimpik negara berjaya meraih dua pingat emas menerusi Muhamamd Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 dengan catatan rekod baharu dunia iaitu 16.84 meter dan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100 meter T36 dengan catatan rekod baru temasya iaitu 12.07s. - Sumber Utusan Online 


Saturday, September 3, 2016

Simptom , Penyebab dan Cara Merawat Virus Zika

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa itu Virus Zika. Jikalau anda seorang yang peka dengan isu semasa, anda mesti tahu mengenai Virus Zika yang kini dikesan menular di negara Amerika Latin terutama di Brazil, Colombia dan beberapa negara lagi termasuk seramai 4 juta penduduk Amerika Syarikat yang kemungkinan besar bakal dijangkiti sehingga akhir tahun 2016 ini menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).




Apa Itu Virus Zika

Virus Zika yang disebarkan oleh nyamuk Aedes aktif-siang. Virus ini boleh memberi kesakitan yang ringan kepada manusia dan ia dikenali sebagai demam Zika atau penyakit Zika, dimana penyakit tersebut mula diketahui berlaku di kawasan khatulistiwa Afrika dan Asia sejak 1950-an. Kesakitan tersebut adalah satu bentuk penyakit ringan daripada demam denggi dimana ia dirawat melalui rehat dan tidak boleh dicegah melalui ubat-ubatan atau vaksin. Namanya berasal dari Hutan Zika di Uganda , di mana virus pertama kali diasingkan pada tahun 1947.

Selain itu, Ianya boleh menyebabkan bayi baru lahir mengalami sindrom otak kecil atau 'mikrosefali' sekiranya dijangkiti. Tanda gejala orang terkena virus zika antaranya demam, timbul ruam, sakit sendi dan mata merah (Konjungtivitis), pusing.




Simptom Virus Zika

Berikut adalah simptom utama demam Zika yang memberikan tanda-tanda apabila pesakit telah dijangkiti :-

1) Sakit kepala

2) Ruam pada kulit

3) Sakit sendi

4) Mata kemerahan


Cara Merawat Virus Zika

Untuk merawat demam Zika ianya seperti demam denggi di mana sehingga kini masih belum terdapat vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.


Gejala Dan Cara Mencegah Daripada Jangkitan Penyakit Zika



Kesan Virus Zika

Virus Zika yang merebak akan menyebabkan sejenis kecacatan otak dan boleh menyerang bayi dalam kandungan. Virus Zika boleh tersebar menerusi jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama.

Status Terkini Virus Zika Di Malaysia

3 September 2016 : Kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016. Pesakit adalah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah. sumber : Utusan Malaysia

1 September 2016 : Seorang wanita dari Bandar Botanik, Klang dikenalpasti dijangkiti virus zika selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura. sumber : utusan malaysia

Januari 2016 : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan yang tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika.

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes Zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini.

Negara itu ialah Barbados, Bolivia, Brazil, Colombia, Republik Dominica, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama, Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S., Virgin Islands, Venezuela dan Samoa.

Sumber Astro Awani , utusan malaysia dan FB KKM

Semoga kita sama-sama berdoa agar virus Zika ini tidak menular atau merebak ke Malaysia.